Pages

Info Februari 2012

Ok..setiap bulan aku akan buat entri untuk info2 yg lebih banyak untuk korg semua..harap semua info ni dapat membantu korg & menambahkan ilmu tentang pengetahuan it,am & banyak lagilah..hehe..^_^




1 TB LEBIH BESAR DARI EMPIRE STATE BUILDING

Satu seperti angka yg kecil . Tetapi kapasiti penyimpanan 1 terabait (1TB) boleh memuatkan dokumen sehingga 16 kali tinggi daripada ketinggian bangunan Empire State Building di New York









'POSE' 8 JAM DEPAN KAMERA

Suka sangat tengok orang lain pose sana,pose sini sekarang ni kan . Hanya beberapa detik diperlukan untuk merakamkan memori dengan kamera canggih . Tetapi tahukah anda, kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama 8 jam di depan kamera sebelum gambar dapat di rakamkan .






MODEL PC PERTAMA IBM


IBM telah mewujudkan Personal Computer (PC) yg berkonsepkan komputer kegunaan perseorangan pada 1981 . IBM PC 5150 adalah model pertama yg bersandarkan pemproses Intel 8088 dengan menggunakan sistem operasi (OS) Microsoft DOS.






KEDAI BERASASKAN KOMPUTER

Dick Heiser telah menjadi individu pertama membuka kedai komputer pada tahun 1975 yg diberi nama "The Computer Store" di California . Kedainya menjual peralatan komputer serta buku & majalah berkaitan komputer.





AKTIF "BERMUKA BUKU"

70% pengguna aktif Facebook adalah berasal dari luar Amerika Syarikat walaupun pada asalnya ia dihasilkan untuk pelajar di University Harvard.






JANGAN "CON" DI WINDOWS

Tanpa disedari, bagi pengguna sistem operasi (OS) Windows, mereka tidak dapat menamakan folder ataupun fail dengan tajuk "Con" . Ini kerana nama tersebut kononnya telah dikunci oleh Windows sebagai nama sebuah peranti.





Ha..kalau x cukup nanti aku update lagi & buat entri untuk bulan depan lak ea..ok..peace..^_^









0 comments:

Post a Comment

Walaupun Blog ni Simple, Harap Anda Dapat Memberi Komen Yg Memberi Tunjuk Ajar..Dan Kalau Sudi Klik lah Ads Sebagai Tanda Kredit..Terima Kasih..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by KAY