Pages

10 Negara Yang Anti-Blogger

Hehe..ada juga negara yg anti-blogger rupanya..kalau korg nak tahu,bacalah..ilmu baru ni..^_^


                                                                         
                                                                           CHINA

Hampir 300 juta orang menggunakan internet di China,melebihi negara lain di dunia . Namun kerajaan China masih mampu mengawasi pengguna on9 di China . Kawalan yg ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di China . Sekurang2nya 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan China . Pada tahun 2008,Pejabat Kementerian yg bertanggungjawab dalam menghapus pornografi & hak milik ilegal mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara itu..

                                           
                                                                      ARAB SAUDI

Sebanyak 200 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi berhubung dengan masalah politik,sosial & isu2 agama . Kerajaan dengan segera menutup blog yg mengkritik negara & sistem perundangannya . Blogger Ahmed Al-Farhan telah dipenjara tanpa di adili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 & 2008 kerana menyuarakan perubahan & pembebasan tahanan politik..


BURMA

Burma merupakan negara yg memantau dengan ketat saluran media cetak & juga media massa . Kini Burma juga mulai menghadkan aktiviti blog & internet . Tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk Burma mengakses internet melalui cyber cafe . Kerajaan Burma membuat peraturan yg ketat bagi cyber cafe & saluran internet . Bahkan kerajaan Burma juga memantau email & caara komunikasi lainnya & juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang . Setidak2nya ada 2 blogger yg telah masuk penjara,seperti Maung Thura yg dikenali dengan nama Zarnagar . Zarnagar dipenjata kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008..


                                                                            CUBA

Di Cuba hanya pejabat kerajaan & org2 dari parti komunis sahaja yg boleh mengakses internet . Pada umumnya,penduduk cuba menggunakan internet melalui hotel & cyber cafe yg dikawal ketat oleh kerajaan Cuba . Kerajaan Cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger dalam 1 dekad kebelakangan ini..



TUNISIA

Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan Tunisia,& kerajaan  juga memantau email para aktivis & para blogger,penulis blogger Slim Boukhdir & Mohamed Abbou dipenjara kerana tulisannya yg mengkritik kerajaan Tunisia..


IRAN

Negara Iran tidak segan2 untuk menahan para blogger yg mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi Islam & simbolnya . Kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog ke kementerian seni & budaya . Kerajaan Iran juga telah menutup jutaan blog & juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet & blogger . Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama . Beliau telah meninggal dunia di penjara Evin pada bulam Mac 2009..


MESIR

Semua saluran komunikasi melalui internet di Mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan bernama Egypt Telekom . Setidak2nya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan Mesir pada tahun 2008 . Blogger Abdel Karim Suleiman yg dikenali dengan nama Karim Amer dipenjara selama 4 tahun kerana menghina Islam & Presiden Mesir Hosni Mubarak pada ketika itu..


SYRIA

Kerajaan Syria menapis blog yg sensitif pada politik . Para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yg mengkritik kerajaan . Pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yg melanggan akses internet di premis masing2 & mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi . Whaed Al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan Syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di Damarkus..


                                                                  TURKMENISTAN

Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kepada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya . Namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga dengan ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan,walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran Turkmenistan yg menawarkan akses internet melalui telefon bimbit pada Jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan Turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yg mengkritik kerajaan Turkmenistan..


                                                                        VIETNAM

Para blogger di Vietnam berani menceritakan berita2 tentang politik di blog kerana media tradisional disana telah dikawal oleh kerajaan . Namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yg kemudian membuat peraturan khas untuk blogger . Blogger terkenal Nguyen Van Hai,yg lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai . Dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahawa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yg berani mengkritik kerajaan Vietnam . Pada Oktober 2008,menteri komunikasi & maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet..







Ish2..kalaulah negara kita buat macam ni,rasa2nya lingkuplah blogger2 yg famous 2..tapi bagi aku blogger ni amat penting untuk negara sebab blogger ni ibarat wartawan jugak..lagi pun sekarang teknologi pun dah makin maju..masyarakat kita pun makin obses dengan internet..so..kalau xde blogger,xdelah info..betul x???hehe..

HIDUP BLOGGER...^_^











0 comments:

Post a Comment

Walaupun Blog ni Simple, Harap Anda Dapat Memberi Komen Yg Memberi Tunjuk Ajar..Dan Kalau Sudi Klik lah Ads Sebagai Tanda Kredit..Terima Kasih..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by KAY